23 December 2012

Baby Auni mudah makan ubat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Semalam selepas badan Baby Auni agak panas, kami telah ke klinik untuk berjumpa doktor. Oleh kerana panas agak tinggi, doktor telah memberikan ubat buntut.

Baby Auni telah menerima 4 jenis ubat untuk dimakan iaitu demam, selsema, batuk dan antibiotik. Pada mulanya agak risau juga takut Baby Auni susah untuk makan ubat yang banyak tersebut.

Prestasi Baby Auni makan ubat sungguh tidak disangka. Baby Auni boleh makan seperti makan makanan bayi sahaja. Setiap kali disembur ubat ke mulut, Baby Auni terus telan seperti sangat sedap :)

Apabila diberi makan mengikut tempoh untuk sehari, hari ini Baby Auni kelihatan segar dari demam. Baby Auni boleh berjalan-jalan merata rumah dan tidak merenget lagi. Badan juga tidak lagi panas cuma masih selsema sahaja. Walaupun begitu, ubat masih diberikan untuk memastikan demam baik sepenuhnya. Antibiotik memang perlu dihabiskan.

Setakat ini, Baby Auni prestasi paling baik ketika makan ubat berbanding Azfar dan Azwar :)

Terima kasih kepada semua rakan yang mendoakan agar Baby Auni cepat sembuh.


EmoticonEmoticon