Baby Auni hendak tulis blog juga

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anak-anak sekarang celik mata sahaja telah ada komputer. Benda bukan asing lagi dalam kehidupan sekarang yang mana kebanyakkan rumah memiliki komputer atau laptop. Sop dulu, masuk Universiti baru belajar guna komputer :)

Sekarang ini, Sop langsung tidak boleh buka laptop semasa Baby Auni ada. Langsung tidak boleh buat kerja kerana Baby Auni yang akan berada di depan laptop dulu. Dengan hebatnya akan menekan keyboard laptop seperti tahu apa yang ditekan. Mungkin itu yang dia lihat selama ini, orang asyik menekan keyboard.

Jika buka laptop tetapi tidak bagi Baby Auni menekan, mulakah dia menangis! Pandai yer Baby Auni. Tetapi papa lagi pandai sebab terus tidak buka laptop depan Baby Auni! Tunggu Baby Auni tidur dulu! Hehehehe

Dulu Azfar dan Azwar pun sama, tidak boleh lihat laptop juga. Sekarang telah besar, sudah tahu arahan dan faham. Malah Sop ada bagi komputer desktop kepada anak-anak dan tablet juga. Jika hendak kacau lagi laptop Papa memang hendak kenalah tu... Huhuhuhu

Baby Auni sudah besar sikit nanti Papa beli laptop juga untuk Baby Auni yer.... Sekarang ini jangan kalau dulu... hehehehe




Previous
Next Post »