22 December 2012

Baby Auni demam

Selamat sejahtera kepada semu rakan.

Semalam Sop dimaklumkan Baby Auni demam semasa di pejabat oleh Mrs Sop. Apabila balik kerja, kelihatan Baby Auni seperti sihat dan cergas seperti biasa. Agak lega ketika itu mungkin demam sedikit sahaja.

Malam tadi, badan Baby Auni kembali panas dan mula tidak selesa. Aktiviti membasahkan kepala mula dilakukan untuk menjaga suhu badan. Oleh kerana tiada stok cool fever, tuala basah digunakan untuk diletak atas kepala.

Pada jam 12.00 semasa Baby Auni bangun, ubat demam telah diberikan. Nasib baik tiada masalah untuk Baby Auni makan. Jika tidak susah juga kerana ubat cucuk buntut tiada lagi untuk Baby Auni.

Malam tadi kami tidur tidak lena kerana sentiasa membasahkan kepala Baby Auni. Pada jam 4.00 pagi ubat demam diberikan lagi kerana badan panas masih tidak surut.

Pagi ini Baby Auni masih demam. Jika hari biasa, jam 6.00 pagi Baby Auni telah bangun untuk bermain. Oleh kerana demam, Baby Auni hanya tidur dan menangis hendak susu. Selepas ini akan dibawa ke klinik untuk jumpa doktor.

Doakan agar Baby Auni cepat sembuh yer. Amin


EmoticonEmoticon