30 December 2012

Azfar Orientasi Tahun 1 SK Taman Seri Rampai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari ini berlangsung orientasi murid tahun 1 SK Taman Seri Rampai. Majlis telah bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran murid. Setiap murid telah diberikan kelas oleh pihak sekolah. Azfar berada di kelas 1 Cekal.

Proses orientasi tahun 1 diteruskan dengan pelajar dibawa ke kelas dan ibubapa pula diberikan taklimat oleh pihak sekolah. Selesai taklimat, ibubapa ke kelas anak-anak untuk sesi mengisi maklumat dan mengambil buku teks. Kami juga sempat membeli buku latihan, tie dan lencana di kedai buku sekolah.

Proses orientasi tahun 1 berjalan lancar dan majlis tamat pada jam 10.30 pagi.

Azfar yang telah bersekolah di SK Taman Seri Rampai sejak pra sekolah tidak mengalami masalah bersekolah di sini.

Hanya tinggal urusan pengangkutan yang belum selesai yang mana akan diuruskan pada hari Rabu ini.

Azwar juga bersekolah di SK Taman Seri Rampai tetapi kelas pra sekolah. Hari ini berlangsung hari suaikenal murid pra sekolah. Ikuti majlis suaikenal pra sekolah SK Taman Seri Rampai dalam entry seterusnya :)







EmoticonEmoticon