09 December 2012

Abang rindu Baby Auni

Selamat sejahtera kepada semua rakan

Semalam Baby Auni telah ditumpangkan di rumah kakak Mrs Sop di Cheras kerana ada urusan pembersihan rumah. Tidak sesuai hendak bawa Baby Auni hendak berkemas-kemas dan berabuk!

Baru tinggal sepetang, Azfar dan Azwar telah bising! Mula-mula tinggal pun Azwar sudah sedih, "kenapa tinggal Baby Auni dengan Nyah?" Tanya Azwar. Untuk menyakat, kami kata sebab Azfar dan Azwar tidak jaga :)

Kerja-kerja membersih rumah petang baru siap dan malam baru bercadang hendak ambil Baby Auni.

Semasa bersiap-siap, kedengaran Azfar berkata:
"Abang rindu Baby Auni!"
Wah sayang betul mereka dengan Baby Auni :)
Baru perasan, mereka selalu bersama kecuali ke sekolah. Patut jika tiada rasa kurang sahaja :)

Harap sampai besar mereka akan sayang Baby Auni :)


EmoticonEmoticon