Screen Tablet Android 7 pecah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih ingat entry tentang tablet murah yang Sop beli untuk anak-anak?
Tablet tersebut berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Anak-anak juga seronok bermain sehingga sentiasa hendak bermain. Untuk mengelak dari terus dipengaruhi dengan permainan dari tablet tersebut, waktu permainan telah dicatu dan dibenarkan bermain pada waktu cuti sekolah sahaja.

Sabtu lepas, Azwar sangat teruja untuk bermain kerana hari cuti sekolah. Oleh kerana bateri telah habis, terpaksa cas dahulu. Sop telah pesan, jangan usik selagi bateri tidak penuh. Dalam masa hendak penuh, beberapa kali Azwar dan Azfar keluar masuk bilik untuk melihat perkembangan bateri tablet.

Tiba-tiba Azfar maklum yang cermin tablet pecah. Adus! Menang betul screen tablet tersebut telah pecah! Tablet masih hidup, cuma screen yang pecah dan touch screen tidak lagi berfungsi.

Kedebushh! Kena sebijik dari Sop. Pengajaran kepada Azwar yang tidak sabar dan tidak dengar pesanan. Sop bukan marah sangat dengan tablet yang pecah tetapi sifat Azwar yang tidak sabar serta tidak dengar nasihat Sop. Dendaan bertujuan mendidik dan sedar yang sifat tidak sabar boleh mengundang masalah.

Sop telah bertanya kos menukar screen di kedai Sop beli tablet tersebut. Harga menukar screen tablet ialah RM100 dan perlukan 2 hari untuk siap. Jika tidak tukar rugi pula, jika repair sibuk pula anak-anak hendak bermain. Sop repair dan jual ok tak? hehehehe

Hari ini jika kesempatan hendak hantar ke kedai untuk repair :)
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
baby comel
AUTHOR
14 November, 2012 16:04 delete

Alahai pecah pulak dah.. Pasni comfem si Azwar akan jadi lebih berhati2. Harap mereka belajar dr pengalaman

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
14 November, 2012 17:52 delete

harap2 cam tu lah
ada dikatanya kwnapa beli tablet mahal bila dimaklumkan tablet tu maha iks iks

Reply
avatar
Cik Ayu ♥
AUTHOR
03 June, 2013 19:21 delete

salam.. nak tnye.. awk baiki tab tu kat mane ek? saya punye tablet china.. myTec.. pecah skrin luar jugak.. hehe

Reply
avatar