Roti Nan Masjid Jamek Chow Kit

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Roti Nan sangat bagus untuk kesihatan kerana tidak mengandungi lemak atau minyak berlebihan. Namun akan jadi sebaliknya apabila kuah nan diambil pelbagai jenis :)

Roti Nan Masjid Jamek Chow Kit ini kali pertama Sop cuba. Kebetulan sembahyang Jumaat di Masjid Jamek ini, boleh makan sekali roti Nan.

Apa yang istimewa roti nan di sini ialah garing dan rangup. Resepi nan dari Pakistan ini lebih kurang dengan roti nan mamak tetapi berbeza dengan pilihan kuah yang disediakan. Pelanggan boleh mengambil jenis kuah/pencicah yang dikehendaki sama ada ayam, daging, masak kurma dan sebagainya.

Warung Pakistan ini juga menyediakan menu nasi beriyani dan daging leyek goreng istimewa (kebab) kepada pelanggan.

Kepada yang ingin mencuba masakan warung Pakistan ini, ia berada di belakang Masjid Jamek Chow Kit.




Previous
Next Post »