Restoran The Manhattan Fish Market

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran The Manhattan Fish Market
Restoran The Manhattan Fish Market Sunway Pyramid

Pernah makan di Restoran The Manhattan Fish Market?
Sop baru pertama kali mencubanya walaupun sering terjumpa restoran ini. Apa yang membayangkan restoran seperti ini mesti harga makanan mahal bukan? Menang pun. Hehehehe

Sekali sekala mencubanya apa salahnya kerana Sop ingin tahu juga apa rasa masakan di Restoran The Manhattan Fish Market ini.

Semalam Sop ke Sunway Pyramid untuk sesi meronda-ronda. Sambil-sambil itu melihat Ice Skating yang terdapat di situ. Ingat hendak mencuba bersama anak-anak tetapi memandangkan pengunjung yang ramai, niat tersebut dibatalkan. Setelah penat berpusing, baru kami singgah di Restoran The Manhattan Fish Market untuk makan tengah hari.

Pertama kali singgah di Restoran The Manhattan Fish Market, pasti tidak tahu menu apa yang hendak dipesan bukan? Oleh itu tercari-cari menu yang agak-agak sedap. Mana tahu tersilap pesan makanan yang tidak sedap, rugi sahaja bukan?

Setelah membelek-belek menu seperti orang biasa makan, akhir kami memesan makanan kami. Setelah menunggu seketika, akhirnya makanan dipesan sampai.

Kelihatan makanan agak menarik dan menyelerakan. Apabila selera kampung makanan yang berbeza pasti rasa lain. Biasanya nasi akan dimakan lauk dan kuah tetapi di Restoran The Manhattan Fish Market tiada kuah seperti biasa kita makan. Hanya sos yang disediakan dengan menu masakan.

Oleh kerana kurang sedap, licin juga makanan tersebut. Hehehe

Sop suka dengan masakan di Restoran The Manhattan Fish Market kerana masakan laut yang digunakan sangat segar. Sesuai dengan konsep Restoran The Manhattan Fish Market itu sendiri.

Walaupun sedap dan segar masakannya, harga juga perlu dipertimbangkan. Harga makanan di sini agak tinggi :) Jika Sop memang tidak mampu untuk makan selalu. Jumlah 2 set menu yang kami pesan ialah RM68.90 sahaja. Tiada menu set yang disediakan. Semua adalah secara berasingan.

Kepada yang belum lagi mencuba, boleh rasai sendiri makanan di Restoran The Manhattan Fish Market ini. Ada banyak cawangan Restoran The Manhattan Fish Market di seluruh dunia :)

Galeri gambar:

Restoran The Manhattan Fish Market

Restoran The Manhattan Fish Market

Restoran The Manhattan Fish Market

Restoran The Manhattan Fish Market

Restoran The Manhattan Fish Market

Restoran The Manhattan Fish Market

Restoran The Manhattan Fish Market

Restoran The Manhattan Fish Market
Apa yang Baby Auni makan?

Previous
Next Post »