05 November 2012

Port Dickson Golf and Country Club

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Port Dickson Golf and Country Club
Bilik hotel Port Dickson Golf and Country Club
Port Dickson Golf and Country Club yang telah Sop lawati bulan lepas tetapi tidak dapat dibuat review kerana kekangan masa sehingga terlupa hendak tulis mengenainya. Hotel yang pertama kali Sop singgah untuk menginap selama 3 hari 2 malam.

Port Dickson Golf and Country Club yang terletak di Port Dickson ini menjadi tumpuan kepada kaki golf untuk menginap dan bermain golf. Ia terletak di kawasan kem askar dan berada di sebelah bukit. Jika anda berada di hotel ini, maka tiada pantai atau view pantai tetapi boleh lihat padang golf :)

Selain tumpuan kaki pemain golf, banyak juga pelanggan yang menginap di sini atas urusan kerja seoerti kursus, seminar dan menyuarat.

Port Dickson Golf and Country Club menyediakan beberapa kemudahan selain padang golf iaitu kolam renang, kafeteria, bilik karaoke dan WiFi percuma.

Sop sikit tidak suka dengan perkhidmatan di Port Dickson Golf and Country Club kerana penyelengaraan bilik hotel kurang baik. Bilik yang Sop tinggal tiada talian telefon (rosak), rancangan TV tidak jelas dan bilik mengosok baju yang jauh dan bersepah. Bilik hotel dengan dewan mesyuarat serta ruang makan sedikit jauh kerana ia berada di bangunan berasingan.

Semoga pihak hotel perbaiki penyelengaraan dan sediakan kemudahan dengan baik untuk memastikan pelanggan selesa berada di hotel ini.

Galeri gambar:
Port Dickson Golf and Country Club
Bilik mengosok baju hanya 1 bilik sahaja

Port Dickson Golf and Country Club
Hiasan bilik yang biasa

Port Dickson Golf and Country Club
Ruang bilik yg luas

Port Dickson Golf and Country Club
Bilik air

Bilik penginapan di atas bukit

Port Dickson Golf and Country Club
Lobby dan bilik mesy di bawah

Port Dickson Golf and Country Club
Ruang makan

Port Dickson Golf and Country Club
Kolam renang

Port Dickson Golf and Country Club
Macam kenal mamat main golf tu!

Port Dickson Golf and Country Club
Harga bilik Port Dickson Golf and Country Club

Port Dickson Golf and Country Club
Lobi dan reception Port Dickson Golf and Country Club


EmoticonEmoticon