Percutian ke Pulau Pangkor - Hari Ketiga

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Percutian ke Pulau Pangkor - Hari Pertama dan Hari Kedua sudah baca?

Percutian ke Pulau Pangkor
Beli ole-ole makanan laut
Aktiviti Percutian ke Pulau Pangkor pada hari ketiga tidak banyak dilakukan kerana ini hari untuk kami berangkat pulang. Selepas sarapan, kami bersiap-siap berkemas dan singgah sebentar di Pekan Pulau Pangkor untuk membeli buah tangan. Tiada apa yang dibeli hanya makanan berasakan laut sahaja.

Selesai membeli sedikit buah tangan, kami terus ke Jeti Pulau Pangkor. Kami bercadang pulang lebih awal untuk mengelak kesesakan waktu puncak iaitu waktu ramai telah daftar keluar hotel. Biasanya jam 12.00 tengah hari pasti ramai akan keluar hotel dan beransur pulang kan?

Percutian ke Pulau Pangkor
Jeti masih lengang
Kami tiba di jeti dan feri telah tersedia untuk berlepas.

Percutian ke Pulau Pangkor
Feri baru sahaja sampai
Perjalanan balik ke Kuala Lumpur berjalan lancar walaupun ada sesetengah tempat hujan. Alhamdulillah, kami tiba di rumah dengan selamatnya pada jam 6.30 petang. Perjalanan yang santai dan banyak hentian kami berhenti menjadikan perjalanan sedikit lama.

Percutian yang singkat tetapi cukup untuk kami. Anak-anak boleh merasakan pengalaman bercuti di pulau walaupun tidak banyak aktiviti. Mungkin tunggu mereka besar dahulu baru boleh merasai pengalaman menyelam atau bermain permainan air lain seperti jetski atau banana boat. Banyak aktiviti pantai yang tidak boleh kami lakukan.

Kepada yang belum bercuti, bolehlah rancang-rancang untuk ke Pulau Pangkor. Lagipun tahun ini tahun melawat Perak bukan? Hehehe

Terima kasih kerana membaca entry percutian ini.

Galeri gambar:
Percutian ke Pulau Pangkor
Baby Auni suka naik feri?

Percutian ke Pulau Pangkor
Kopitiam Pangkor tidak sempat singgah :)

Percutian ke Pulau Pangkor
Bekalan makanan yang dibawa - tak habis bawa balik
  
Percutian ke Pulau Pangkor
Tokei kedai kan? Heheheh
  


Previous
Next Post »