Jom guna WeChat pengguna telefon pintar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Evolusi mesej via internet semakin berkembang selaras dengan peningkatan telefon ketika ini. Semakin banyak aplikasi yang dibangunkan untuk kegunaan pengguna telefon pintar.

WeChat antara aplikasi untuk telefon pintar yang dibangunkan. Pengguna WeChat kini bertambah dengan pesat kerana kelebihan yang ada pada aplikasi perhubungan kini. Ia juga selaras dengan penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat dan harga gajet semakin murah.

WeChat menggunakan perhubungan melalui internet bukan sekadar untuk menghantar mesej tetapi boleh berhubung melalui suara atau video. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh guna berhubung secara percuma.

Selain berhubung secara percuma dengan mesej, panggilan suara atau video, WeChat juga boleh menjadi ejen sosial yang baik. Pengguna boleh membuat carian rakan melalui id pengguna atau pengguna yang berada berhampiran.

Untuk memasukkan pengguna WeChat sebagai senarai rakan, pengguna boleh tambah terus melalui carian, scan QR Code atau secara goyang telefon pintar anda. Sungguh mudah bukan?

Setakat ini, Sop sangat berpuas hati dengan aplikasi WeChat kerana sangat lancar dan pantas. Dengan talian internet perlahan pun, aplikasi ini masih berfungsi dengan baik.

Kepada pengguna telefon pintar, aplikasi WeChat boleh dimuat turun terus dari Google Play bagi pengguna Android, iStore bagi pengguna iPhone, Windows Mobile dan Ovi Store bagi pengguna Symbian.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
aSmiDar
AUTHOR
29 November, 2012 19:10 delete

Cmne nk guna ek...ade cra?
Die bg?

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
02 December, 2012 14:32 delete

guna macam viber, whatapps dan sebagainya
mudah sahaja.. hejeje

Reply
avatar