03 November 2012

Hotel Seri Costa, Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hotel Seri Costa, Melaka
Depan Hotel Seri Costa
Review hotel Seri Costa, Melaka yang telah Sop menginap minggu lepas agak lewat untuk dipublish kerana tidak kesempatan untuk mengarang. Akhir-akhir ini agak sibuk hingga tidak sempat untuk berkongsi pandangan mengenai hotel ini.

Hotel Seri Costa, Melaka ini adalah buat kali pertama Sop menginap. Hotel ini tidak begitu besar dan mewah tetapi agak menarik. Ia dibuka di Plaza Mahkota iaitu kawasan himpunan kawasan kedai 4 tingkat yang mana terdapat beberapa hotel lain di kawasan ini. Hotel Seri Costa, Melaka telah mengambil 1 blok bangunan tersebut untuk dijadikan hotel. Maknanya semua bangunan tersebut telah diubah suai menjadi hotel.
Hotel Seri Costa, Melaka
Reception hotel
Hotel Seri Costa, Melaka pada pandangan Sop mempunyai keunikan tersendiri. Apabila berada di kawasan seperti itu, ia amat mudah untuk mendapatkan kedai makan. Ia juga tidak jauh dari Banda Hilir. Pengunjung boleh berjalan kaki sahaja untuk ke Dataran Pahlawan.
Hotel Seri Costa, Melaka
Perabot kayu yang menarik
Oleh kerana Hotel Seri Costa masih baru, keadaan hotel sangat cantik dan bersih. Sop suka dengan design dan perabut yang digunakan di bilik hotel iaitu berkongsepkan kayu. Sangat unik! Walaupun bilik sedikit kecil tetapi selesa untuk menginap dan tidur. Kemudahan yang disediakan dalam bilik ialah TV (ada rancangan Astro) dan almari pakaian.

Kemudahan lain yang terdapat di Hotel Costa, Melaka ialah WiFi (perlu dapatkan kupon di kaunter) dan SPA di belakang hotel. Lif disediakan walaupun bangunan hanya 4 tingkat. Kolam renang tiada di hotel ini.

Galeri gambar:
Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka


Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka

Hotel Seri Costa, Melaka


EmoticonEmoticon