03 November 2012

Baby Auni belajar berdiri

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Auni belajar berdiri
Baby Auni boleh panjat sendiri, kami yang risau :)

Dalam entry lepas, Sop ada bercerita tentang Baby Auni telah boleh merangkak pada umur 6 bulan. Selepas dapat merangkak, kini Baby Auni mula belajar berdiri pula. Setiap kali ada benda yang boleh dicapai, beliau akan berusaha untuk berdiri.

Biasanya kerusi dan orang yang duduk menjadi tempat Baby Auni berpaut. Sekarang telah boleh berdiri sendiri dengan berpegang tetapi belum stable sepenuhnya. Kerana apa? Selepas berdiri, dengan bangganya Baby Auni akan lepas tangan seperti oleh yang telah boleh berjalan. Itu yang merisaukan kami kerana Baby Auni sangat berani. Sesuka hati sahaja lepas tangan!

Apabila melihat Baby Auni mula memanjat, kami semua bersedia. Beberapa kali telah jatuh tetapi berjaya di selamatkan. Jatuh sikit-sikit perkara biasa semasa belajar bukan? Hehehe

Harap-harap Baby Auni boleh berjalan cepat. Boleh berlumba lari dengan Papa. Hehehehe


EmoticonEmoticon