Apa kemahiran yang perlu ada pada blogger?

kemahiran blogger
Apa kemahiran blogger?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Lama pula tidak menulis mengenai blogger dan sewaktu dengannya. Namapun blog peribadi, mesti banyak entry mengenai diri dan keluargakan? hehehe

Apa kemahiran yang perlu ada pada blogger?
Untuk berjaya dalam bidang penulisan blog, beberapa kemahiran perlu ada dalam diri blogger. Gabungan antara beberapa kemahiran akan menjadikan anda blogger berjaya.

Kemahiran menulis
Setiap blogger perlu pandai menulis, mengarang, bercerita dan sebagainya. Ia adalah kemahiran asas yang perlu ada pada setiap blogger. Ada beberapa rakan berminat hendak membina blog tetapi tidak tahu hendak tulis apa. Jadi, macam mana hendak menulis blog, bukan? Kemahiran ini boleh diasah dari tumpul kepada tajam, yang penting kita berusaha belajar.

Kemahiran bergambar
Gambar adalah elemen penting untuk menjadikan entry dan blog lebih menarik. Walaupun ia bukan perkara utama, tetapi dengan perkongsian gambar-gambar pada entry menjadikan ia cukup sempurna. Pastikan anda memiliki kamera, tidak kira kamera murah atau mahal janji boleh rakam gambar :)

Kemahiran promosi
Jika anda bina blog untuk berkongsi, pasti perlukan pembaca. Bagaimana hendak mendapat pembaca? Promosi blog adalah penting untuk menarik pembaca datang dan baca entry blog anda. Promosi boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara offline atau online. Biasa promosi yang blogger lakukan ialah melalui online seperti blogwalking, ping entry, share entry, sewa banner, link exchange dan sebagainya.

Kemahiran ubahsuai template
Template antara ciri penting untuk menarik pelawat untuk sering ke blog anda. Jika blog yang ringan, menarik, mudah dibaca pasti akan menarik pelawat sering kembali. Kemahiran asas dalam mengubahsuai template membolehkan blogger membuat setting terbaik dan sesuai.

Kemahiran merancang
Setiap perkara perlukan perancangan sama ada perancangan ringkas atau sebaliknya. Blog juga perlu perancangan dari segi publish entry, penulisan, hala tuju, bidang blog dan sebagainya. Sama seperti anda merancang kejayaan dalam lehidupan seharian. Blogger juga perlu bijak merancang masa untuk blogging.

Kemahiran memujuk
Pembaca perlu dipujuk sama ada untuk kembali lagi, tingggalkan komen atau menjadi pengikut blog. Kemahiran memujuk ini tidak semestinya menggunakan ayat manis sahaja tetapi boleh dibuat dengan memberikan maklumat yang tepat, menarik dan berguna. Sentiasa berkongsi sesuatu yang boleh menarik pembaca dengan blog anda.

Di atas adalah beberapa kemahiran yang penting perlu ada pada blogger. Jika boleh gabungkan semua kemahiran tersebut, tidak mustahil anda boleh berjaya.

Setiap kemahiran boleh belajar dan diasah bakatnya. Ia terpulang kepada kita untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Apa lagi kemahiran yang perlu ada pada blogger?
Previous
Next Post »