Wikki Stix - bermain dan bina kreativiti anak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Mini Wikki Stix

Siapa pernah dengan produk Wikki Stix?
Sop baru pertama kali mendengarnya apabila dihubungi oleh pihak Wikki Stix untuk membuat produk review. Walaupun tiada bayaran diberikan tetapi kerana produk tersebut menarik untuk anak-anak, Sop setuju untuk mencubanya. Lagi pun, pihak Wikki Stix bersetuju untuk memberi kupon diskaun kepada pembaca blog SOP.NAME.MY. Menarik bukan?

Setelah seminggu, pihak Wikki Stix telah menghantar salah satu produk mereka iaitu "mini play pack offers 8 Wikki Stix". Produk Wikki Stix baru sahaja dilancarkan di Asia dan kira Sop bertuah menerima pelawaan untuk membuat review produk ini.

Apabila diberikan Wikki Stix kepada Azfar dan Azwar bukan main seronok mereka. Wikki Stix ini berbeza dengan plastisin yang mana tidak melekit, tiada toksik dan paling penting tidak kotorkan rumah :)

Hasil yang dibuat oleh Azfar dan Azwar tidak disangka-sangka. Mereka boleh membina sesuatu dengan Wikki Stix dengan mudah. Kreativiti boleh dibentuk secara bermain dengan Wikki Stix.

Wikki Stix nampak ringkas tetapi sangat berguna untuk pendidikan anak-anak.

Pada pandangan Sop, Wikki Stix ini sesuai untuk ibubapa untuk membantu membentuk kreativiti anak-anak, membentuk kemahiran psikomotor dan berseronok. Pihak sekolah seperti tadika boleh gunakan Wikki Stix untuk pengajaran dan pembelajaran, pertandingan dan sebagainya.

Berikut adalah petikan mengenai Wikki Stik dari website mereka:

Wikki Stix One-of-a-kind-Creatables provide unique, creative hands on fun. A perfect educational toy and a really cool tool for teaching school! Wikki Stix are a versatile craft tool too! Easy to use, no glue, no mess and reusable. Perfect for kids crafts and so much more!

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Wikki Stix, sila layari www.wikkistixasia.com atau Facebook/WikkiStix Asia.

Wikki Stix ini boleh dibeli di kedai Kinokuniya KLCC, Czip Lee Bangsar atau juga secara talian iaitu di laman http://wikkistixmy.com.

Jom lihat hasil yang telah dibuat oleh Azfar dan Azwar berikut:
Surat dari Singapura

Non Toxic

Manual sebagai panduan

Name card dari Think Thank

Azfar dan Azwar tidak sabar hendak mencuba

Oleh kerana ada satu set sahaja, kenalah kongsi

Cubaan pertama menggunakan kertas bernombor

Apa agaknya? hehehe

Tekun cuba menghasilkan sesuatu

Orang lidi :)

Kereta hasil Azwar

Boleh sambung-sambung

Siput sedang berjalan - Kata Azfar

Ini adalah kereta api hasil Azwar

Burung ini Sop yang buat - heheheh teringin

Keluarga siput - kata Azwar

Abang hendak buat apa tu? Tanya Azwar

Orang sedang main skip - Azwar yang kata heheheh

Boleh berdiri tau orang lidi ini!

Orang sedang pegang belon :)
Orang sedang main gitar - kreatif tak?
Untuk contoh dan idea-idea lain, anda boleh lawat http://wikkistixasia.com/fun-ideas/
Banyak lagi objek yang boleh dibina dengan Wikki Stix.

Ada yang berminat?
Diskaun 10% khas kepada pembaca SOP.NAME.MY dengan menggunakan kupon "BLOG1012" apabila membeli melalui laman web Wikki Stix di www.wikkistixasia.com
Previous
Next Post »