Whatchuwant? I want Pimp My Ride!

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Adakah anda tahu, Xpax telah berikan hadiah gadjet setiap hari berjumlah RM10,000 untuk peraduan Whatchuwant?
Hadiah gajet yang ditawarkan seperti Samsung 40” Full HD LED TV, the Pioneer Blu-Ray Front Surround System, Samsung Galaxy SIII, Samsung Galaxy Tab 2 7.0” dan Nikon Coolpix Waterproof AW100! Bertuah sungguh kepada pengguna Xpax, bukan sahaja dapat penjimatan yang maksimum tetapi juga hadiah yang hebat kepada pememang.

Hendak sertai peraduan Whatchuwant ini juga sangat mudah, hanya pilih pek yang ditawarkan iaitu Surf Pack, Talk Text Surf Pack, Talk Text Pack, Talk Surf Pack, Text Surf Pack dan Fun Pack. 6 pek yang pasti akan memberi penjimatan terbaik mengikut penggunaan anda.

Maklumat lanjut di sini
Selain hadiah gajet yang berjumlah RM10,000 setiap hari ditawarkan, ada lagi hadiah lebih istimewa menjadi kejutan kepada pemenang iaitu pengubahsuaian kenderaan dan akan keluar dalam rancangan MTV Pimp My Ride Malaysia.  Sudahlah dapat mengubah kenderaan menjadi sangat hebat, boleh masuk TV pula! Siapa yang tidak mahu?
MTV Pimp My Ride Malaysia - Pertama di Asia

MTV Pimp My Ride merupakan rancangan kegemaran peminat automotif di Amerika Syarikat. Kini julung-julung kalinya MTV Pimp My Ride berada di Malaysia dan ia adalah yang pertama di Asia.

Untuk makluman, MTV Pimp My Ride merupakan rancangan TV yang mana mereka memilih kereta yang bertuah untuk diubah suai sehingga menjadi kereta yang hebat bergantung kepada kehendak pemilik dengan gabungan idea crew MTV Pimp My Ride. Setiap hasil yang keluar dari ubahsuai MTV Pimp My Ride pasti terkejut dengan hasilnya. Kenderaan yang diubah bukan sahaja kereta tetapa kenderaan lain seperti motosikal, lori, bas dan sebagainya. Menarik bukan?

Pemenang yang dipilih akan dikejutkan oleh pihak MTV Pimp My Ride dengan ke rumah pemenang. Kejutan yang pasti mengembirakan! Untuk mengetahui untuk bagaimana anda boleh menang, sila lawat laman Xpax. Syarat penuh penyertaan Whatchuwant, sila klik di sini.

Apa tunggu lagi, sertai Whatchuwant dengan memilih pek-pek yang dinyatakan di atas dan anda secara automatik telah menyertai peraduan ini. Bagaimana hendak memilih pek?

Maklumat lanjut di sini
Sop pun hendak Pimp My Ride!
Untuk makluman, sejak pakai kereta tidak pernah lagi Sop buat pengubahsuaian kenderaan. Sangat teringin tetapi tidak mampu. Tahu sahaja, kos untuk mengubahsuai kereta bukan sikit. Boleh cecah beribu-ribu ringgit!

Jika terpilih Pimp My Ride, Sop inginkan pengubahsuaian kereta Sop kepada lebih sporty dan hebat. Apa yang Sop perlukan ialah menukar rim kereta yang lebih besar dan stabil, tambahan bodykit supaya lebih mantap dan set audio yang lebih hebat. Dengan adanya LCD, anak-anak Sop tidak bosan semasa berada dalam kereta. Bayangkan jika perjalanan lebih 4 jam, pasti anak-anak bosan. Jika ada set audio dan LCD, boleh mereka layan filem atau rancangan kegemaran.

Whatchuwant? I want MTV Pimp My Ride!

Ini kereta Sop yang standard
Kalau boleh hendak ubah seperti ini


Masih belum ubah apa-apa
Boleh buat seperti ini?
Oleh itu, Sop berharap pihak Pimp My Ride boleh memilih kereta Sop untuk diubahsuai. Tidak dapat jadikan kereta Sop seperti Fast & Furious pun tidak apa tetapi sekurang-kurangnya boleh dilengkapkan dengan audio serta TV. Ia sangat membantu anak-anak berada dalam kereta jika pemanduan jauh. Jika ada kemudahan ini, lebih mudah untuk Sop balik kampung dan berjalan. Kalau dapat ubah kereta sekarang menjadi sporty, lagi hebat! Bukan setakat boleh bergaya sakan tetapi berbangga dengan kereta yang ada!

Satu kepuasan apabila dapat mengubahsuai kereta tetapi tidak semua berkemampuan. Tinggi sungguh harapan Sop dengan menyertai peraduan ini :) Besarlah impian Sop agar terpilih....

Sambil menulis entry ini, sedang terbayangkan kereta-kereta dalam filem Fast & Furious. Hehehehe

Entry ini adalah penyertaan peraduan Whatchuwant oleh Nuffnang, ingin sertai juga? Sila rujuk di sini.
Previous
Next Post »