20 October 2012

SOP.NAME.MY mendapat sitelinks Google

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sitelink Google yang dipapar pada carian Google adalah satu kelebihan kepada blog. Ia memberikan paparan carian yang lebih efektif kepada sesebuah blog.

Blog SOP.NAME.MY menanti masa lebih kurang 4 bulan juga untuk mendapat Sitelink Google ini.

Kelebihan mendapat Google Sitelink ini ialah trafik hasil carian Google lebih tinggi. Patutlah kebelakangan ini trafik agak meningkat :)

Semasa penukaran domain dulu, agak gelisah juga kerana banyak backlink utama entry telah hilang begitu sahaja. Entry yang mendapat paparan carian utama sebelum ini bagaikan tidak wujud. Itu antara kekurangan apabila menukar domain walaupun entry blog masih sama.

Dengan pemberian Sitelink Google ini memberi lebih semangat kepada Sop untuk berblog.

Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon