Petua mengatasi rambut gugur selepas bersalin?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Rambut gugur sering berlaku kepada semua. Tahap serius keguguran bergantung kepada jumlah rambut yang gugur. Ini kerana rambut akan sentiasa gugur apabila akar rambut tidak kuat dan mudah tercabut.

Bagi ibu-ibu yang selepas bersalin, perubahan hormon boleh mengakibatkan jumlah rambut gugur akan meningkat dengan banyaknya. Keadaan ini berlaku kepada Mrs Sop selepas melahirkan Baby Auni. Sehingga sekarang, rambut masih banyak gugur sehingga merisaukan Sop. Telah cuba menggunakan shampoo anti gugur rambut tetapi masih tidak berkesan.

Ada petua untuk mengelak dari keguguran rambut?

Sila kongsi-kongsikan mungkin ia dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.


Previous
Next Post »