06 October 2012

Pertandingan Boling Piala Sop

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pertandingan Boling Piala Sop? Tajuk macam gempak sahaja kan? Tiada Piala Sop yang ditawarkan sebenarnya hanya bermain boling antara ahli keluarga Sop iaitu Sop, Azfar, Azwar dan Baby Auni. Baby Auni pun main? Biar betul! Hehehehe

Selepas kali pertama Sop bawa Azfar dan Azwar bermain sepenuhnya sendiri, mereka pantang diajak. Pasti laju sahaja hendak bermain. Dulu mereka tidak larat hendak baling pun bola boling tetapi sekarang semakin ada kemajuan.

Ada gaya?
Permainan yang bagus untuk anak-anak tetapi tidak boleh bawa selalu. Kos setiap permainan yang tinggi! Kalau selalu, Sop pula yang parah, kan? Kalau betul-betul boleh main, dan mereka berminat, bolehlah buat pelaburan untuk melatih mereka. Buat masa ini, hanya beri pendedahan dan tanam minat sikit-sikit. Mana tahu boleh jadi pemain boling negara nanti? Hehehehe
Bergambar satu kemestian untuk dokumentasi... hehehe
Kasut yang boleh dipakai oleh Azfar dan Azwar ialah saiz 1 sahaja. Bola boling pula yang paling kecil ialah saiz 6. Kena minta dengan kaunter kasut bola tersebut. Walaupun masih berat, tetapi sekurang-kurangnya sudah boleh baling.
Alamak, masuk longkang
Sekarang ini Sop hanya ajar mereka baling supaya tidak masuk ke longkang. Jika berjaya kekal atas lane, itu pun sudah kira berjaya. Prestasi dari awal bermain hingga akhir, jumlah masuk longkang lebih banyak berbanding berada atas lane. :)

Sekurang-kurangnya mereka berminat untuk bermain, bukan?

Jom kita lihat pemenang Pertandingan Boling Piala Sop :)
Peace!!
Permulaan balingan

Longgarkan otot dahulu sebelum bermain

Baby Auni pun hendak main

Pening kepala penjaga pusat boling tengok Azfar dan Azwar

Keputusan: Baby Auni yang menang!


EmoticonEmoticon