Minum di Hentian Nilai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Update ringkas ketika berhenti rehat di Hentian Nilai perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur. Walaupun tidak jauh tetapi hendak juga berhenti. Heheheh

Sambil-sambil minum, boleh juga buat entry. Walaupun ke Melaka tetapi tiada entry mengenai Melaka kerana tidak berjalan ronda pun. Hehehehe Hanya bekerja di hotel dan malas hendak meronda-ronda. Lagipun sudah biasa sangat ke Melaka hingga tidak tahu hendak cerita apa. Review hotel yang Sop duduk akan dibuat dalam entry lain.

Perjalanan hari ini selesa walaupun kereta banyak tetapi lancar. Ada speed trap di bawah jejantas selepas susur Seremban tetapi tidak tahu Sop kena tembak atau tidak sebab laju juga. Takut juga kalau speed trap jenis tahan kerana mesti kena. Nasib baik jenis gambar (tiada roadblock) dan biasa susah hendak rakam plat motosikal. Heheheh

Kepada yang balik kampung untuk beraya hari ini, berhati-hati dijalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi :)
Previous
Next Post »