03 October 2012

Kagum dengan blog peribadi ribuan pelawat

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Blog peribadi punyai ribuan pelawat sehari?
Banyak Sop jumpa blog peribadi yang punyai ribuan pelawat. Tanpa entry SEO, tiada entry hangat, tidak ada cerita panas tetapi trafik blog ribu-ribu. Sop sungguh kagum!

Dari mana semua pelawat datang?
Hendak kata femes, tidak!
Hendak kata blog tutorial, pun bukan!
Blog informasi pun tidak juga!

Mesti ada yang istimewa menjadikan blog beliau mendapat tarikan pengunjung! Cari punya cari tidak juga jumpa. Hehehehe

Sop cuba juga sekarang ini jadikan blog peribadi sepenuhnya tetapi trafik sangat kurang. Masih ada rakan-rakan yang sentiasa support dengan terus melawat tetapi tidak sampai ribu-ribuan :)

Sop banyak mengharapkan entry berbentuk SEO untuk mendapat trafik lebih tinggi. Mungkin perlu pelbagaikan entry untuk lebih banyak pelawat? Itu perkara biasa bukan? Lebih konten, lebih juga pembaca!

Bagaimana mencari pelawat dengan blog peribadi sepenuhnya?


EmoticonEmoticon