09 October 2012

Jam berapa anda tidur jika blogging?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tidur adalah keperluan kepada setiap manusia. Jika manusia tidak tidur selama 7 hari, pasti akan mati kerana keletihan. Ujian kepada tikus didapati hanya boleh bertahan selama 3 hari jika tidak tidur.

Masalah kekurangan tidur biasanya terjadi kerana gangguan persekitaran yang dialami oleh seseorang. Blogger mungkin terlibat dengan masalah tidur kerana sibuk blogwalking, menyiapkan entry, mengedit blog dan sebagainya.

Ada blogger blogwalking 50 hingga 300 blog sehari (rujuk komen di sini) dan pasti ia memakan masa yang lama :)

Rata-rata anda tidur jam berapa jika berblog?



EmoticonEmoticon