Electrolux Washing-thon - 1st Outdoor Washing Marathon

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Electrolux Washing-thon - 1st Outdoor Washing Marathon
Electrolux Washing-thon - 1st Outdoor Washing Marathon 

Jom sertai Electrolux Washing-thon! Apa tu?
Electrolux Washing-thon ialah 1st Outdoor Washing Marathon di Malaysia yang mana dianjurkan oleh Electrolux Home Appliances Sdn Bhd untuk mengumpul dan membasuh pakaian terpakai untuk didermakan. Usaha murni oleh pihak penganjur membantu golongan yang kurang bernasib baik dan mendidik masyarakat untuk turut menderma.

Electrolux Washing-thon akan diadakan pada 1 hingga 4 November 2012 bertempat di Citta Mall, Ara Damansara Petaling Jaya. Semua dijemput hadir untuk acara ini kerana terdapat banyak dirancang semasa acara tersebut untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Acara akan bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Kepada yang kelapangan, pastikan anda sertai acara ini.

Sebelum ini, aktiviti mengumpul pakaian telah diadakan oleh pihak Electrolux. Beberapa lokasi telah ditetapkan dan mereka yang ingin menderma pakaian boleh menghantar pakaian tersebut di lokasi yang telah ditetapkan sekitar Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang lokasi ini, sila lawat www.facebook.com/ElectroluxMalaysia.

Untuk mendaftar sebagai volunteer, sila emelkan kepada : my.passion@electrolux.com atau hubungi 7843 5885 / 7843 5981 dari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Jom sama-sama kita meriahkan acara ini dengan hadir ke Electrolux Washing-thon. Jangan lupa bawa pakaian untuk diderma juga :)

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/ElectroluxMalaysia
Previous
Next Post »