Blog Review - Zon Permaisuri Chomel

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Beberapa hari tergendala Segmen Blog Review kerana urusan yang pelbagai. Kali ini Blog Review bersambung kembali dengan giliran blog Zon Permaisuri Chomel.

Nama blog yang unik dipilih oleh pemilik blog ini iaitu Zon Permaisuri Chomel. Agaknya empunyai blog ini comel juga kot? Mestilah kan :)

Pemilihan tema blog dengan nama blog sangat sesuai. Itu adalah pandangan Sop apabila singgah ke blog Zon Permaisuri Chomel. Terasa suasana elegen apabila berada di blog beliau. Paling Sop suka ialah penggunaan warna untuk template yang ceria dalam kegelapan (boleh gitu?) Heheheh Tahniah kepada pemilik blog yang hebat menyusun template sehingga kelihatan sangat kemas.
http://pape-jer.blogspot.com/

Penggunaan header blog juga menarik dan bukan calang-calang orang boleh bina header sebegitu hebat.

Blog ini Sop kategori sebagai blog peribadi kerana banyak entry mengenai kisah-kisah penulis dibuat. Selain itu, pemilik blog juga gemar menyertai segmen dan peraduan.

Kepada rakan-rakan, jom lawat blog Zon Permaisuri Chomel untuk kenali pemilik blog dan jangan lupa follow sekali :)

Semoga maju jaya buat blog Zon Permaisuri Chomel :)
Previous
Next Post »