08 October 2012

Blog Review: zafikstory.blogspot.com

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

http://zafikstory.blogspot.com

Blog review untuk hari ini ialah giliran blog zafikstory.blogspot.com. Salah seorang geng terjah yang aktif menerjah blog yang telah direview. Hasil dari terjahan tersebut, banyak yang Sis Eza perbaiki blog beliau.

Terlebih dahulu tahniah Sop ucapkan kepada Sis Eza yang telah mendapat rezeki terbaru. Hendak tahu apa rezeki tersebut? Sila lawat entry beliau bertajuk Rezeki Berganda.

Blog Sis Eza menggunakan URL sebagai nama blog. Sop cadangkan Sis Eza menggunakan nama tersendiri untuk nama blog kerana ia lebih beri keunikkan. Mungkin Sis Eza terpengaruh dengan nama blog yang menggunakan domain sendiri yang biasanya domain dot com. Malah Sop sendiri guna domain sebagai nama blog kan? Jika domain yang pendek, ia adalah lebih sesuai menggunakan URL sebagai nama domain. Jika hendak guna pun, tiada masalah juga sebenarnya :)

Semua keperluan untuk sebuah blog telah Sis Eza masukkan. Setting semua keadaan baik kecuali sedikit SEO boleh dibuat. Boleh rujuk di entry SEO untuk panduan :)

Selain itu, Sis Eza mungkin boleh panjang dan padatkan tajuk entry untuk lebih carian SEO. Tajuk yang pendek-pendek akan kelihatan kurang menarik dan terlalu ringkas. Adalah penting memasukkan beberapa keyword utama dalam tajuk untuk setiap entry.

Sop suka warna template blog zafikstory.blogspot.com kerana menggunakan tema hijau. Sejuk mata memandang. Heheheh

Kepada rakan-rakan, jom singgah ke blog zafikstory.blogspot.com dan kongsikan pendapat anda.


EmoticonEmoticon