24 October 2012

Blog Review - Wana Wonderland

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

http://coretangirlblog.blogspot.com/
Siapa pernah ke Wana Wonderland? Bukan Disney Wanderland yer... :)
Blog review untuk hari ini ialah blog Wana Wonderland. Blog yang ceria sama seperti blog juga. Malah apabila sebut tentang Wonderland, pasti akan teringat dengan suasana ceria dan penuh kegembiraan.

Pemilihan nama yang baik oleh Wana kerana jika digunakan tema tersebut, pasti pembaca akan gembira untuk ke blog Wana.

Wana baru memulakan berblog pada 6/6/2012. Masih baru menapak tetapi banyak yang beliau belajar. Oleh sebab itu, banyak segmen review yang Wana sertai. Tindakan yang batul untuk promosikan blog dan juga mendapat pandangan tentang blog.

Walaupun baru, Sop lihat blog Wana sangat kemas. Dari segi susunan, pemilihan template, entry dan lain-lain tidak seperti blogger baru. Tahniah diucapkan kepada Wana.

Apa yang penting sekarang buat Wana ialah terus berkarya dan berkongsi maklumat. Dalam masa yang sama, teruskan promosi blog untuk pastikan orang tahu tentang kewujudan blog kita. Tidak kenal maka tidak cinta :) Apabila orang suka dengan blog kita, entry kita, pasti pelawat akan sentiasa datang. Betul tak?

Kepada rakan-rakan, jom ke blog Wana Wonderland. Jangan lupa untuk follow juga sebab Sop dah follow... Hehehhe


EmoticonEmoticon