Blog Review: Mama QS bercerita

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Mama QS bercerita....
http://inilahcoretankehidupankami.blogspot.com
Blog review untuk hari ini ialah blog Mama QS bercerita.
Pertama kali singgah ke blog Mama QS bercerita, Sop rasa sangat menarik. Pertamanya dari nama blog yang sangat sesuai dengan blog peribadi. Keduanya ialah header blog yang menggambarkan keluarga yang bahagia.

Sedikit petikan dari blog Mama QS bercerita:


Joanna dan Nazri disatukan pada 2hb Mac 1997, terhasilnya Muhammad Akmal Qayyum pada 27hb Mei 1998 dan Nur Sumaiyyah pada 27hb Feb 2004. Semoga kebahagian kami selamanya dan mereka berdua menjadi anak yang soleh dan solehah yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara.....

Nampak kebahagian dalam keluarga ini?

Blog Mama QS bercerita mempunyai template yang kemas dan bersih. Penggunaan warna dan tulisan juga menarik. Tahniah diucapkan kepada Mama QS yang pandai membuat setting. Jika Mama QS boleh seimbangkan sidebar lagi baik kerana Sop lihat banyak widget di sebelah sidebar.

Selain itu, Mama QS boleh membuat setting SEO untuk memastikan blog mesra SEO. Boleh rujuk dari sini.

Selain itu, Sop tiada masalah dengan blog Mama QS bercerita. Teruskan bercerita dan berkongsi dengan pembaca :)

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Mama QS bercerita dan nyatakan pandangan anda :)
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Joanna Yunus
AUTHOR
07 October, 2012 19:51 delete

Wah terima kasih sop mama akan try setting side bar mama nanti terima kasih byj2

Reply
avatar