01 October 2012

Blog Review: MakCik Muda

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

http://makcikdomokun.blogspot.com/

Untuk Blog Review hari ini kita akan berkenalan dengan MakCik Muda. Masih muda dan pangkat makcik mungkin diterima apabila mendapat anak saudara (Sop teka sahaja) Hehehe

Sop suka dengan blog MakCik Muda kerana menggunakan latar belakang entry berwarna putih. Jika blog perempuan lain, kebanyakkan suka menggunakan pelbagai jenis warna :)

Blog MakCik Muda ialah belog peribadi yang berkongsi banyak informasi. Jika anda melawat blog MakCik Muda, pasti akan mendapat banyak maklumat yang mungkin kita tidak sangka.

Pada pandangan Sop, blog MakCik Muda boleh dipertingkatkan lagi untuk menjadi lebih menarik dan bermanfaat seperti menambah post terkini dan related post. Ini membantu promosi entry-entry lain kepada pelawat.

Header bergambar tetapi tiada tajuk. Sebaiknya header adalah identiti kepada blog dan boleh memberi kesan kepada ingatan kepada pelawat. Contohnya boleh menginati URL blog MakCik Muda ataupun ingat header ingat nama blog :)

Selainnya mungkin rakan-rakan dan geng terjah boleh membantu memberi pandangan. :)

Teruskan berblog dan teruskan mencari trafik dan kenalan seperti entry blog MakCik Muda sendiri http://makcikdomokun.blogspot.com/2012/08/cara-cara-untuk-tingkatkan-trafik.html

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog MakCik Muda dan nyatakan pandangan anda :)


EmoticonEmoticon