Blog Review - Diari Online Nurul

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

http://diarionlinenurul.blogspot.com/
Blog Review untuk hari ini ialah giliran blog Nurul yang diberi nama Diari Online Nurul. Fungsi utama blog ialah catatan harian atau diari online seseorang. Oleh kerana perkembangan blog sekarang ini, blogger telah lebih kreatif dengan mevariasikan blog dalam banyak bidang.

Adakah blog catatan peribadi punyai pembaca sekarang ini?
Walau bagaimana blog itu berkembang, yang pasti ia akan kembali kepada asal iaitu diari online peribadi. Oleh sebab itu, Sop percaya blog peribadi akan berkembang bila-bila walaupun saingan dengan banyak kategori blog lain. Blog peribadi mempunyai keistimewaan sendiri. Paling penting, blog adalah untuk diri sendiri.

Sekarang ini, pengiklan juga lebih fokus kepada blog peribadi yang membuat catatan blog banyak berkaitan dengan diri sendiri berbanding blog copy paste. Walaupun trafik blog peribadi lebih rendah tetapi pembaca blog peribadi lebih genuine berbanding blog lain.

Kembali kepada blog review untuk hari ini, pastinya blog Diari Online Nurul mempunyai kelebihan seperti yang Sop nyatakan di atas.

Sop suka dengan blog Diari Online Nurul kerana blog yang kemas dan header yang sangat menarik. Blog yang berwarna pink ini pasti digemari oleh blogger wanita dan pelawat wanita :)

Nurul juga suka dengan kucing agaknya kerana banyak kucing yang beliau pelihara dalam blog. Tak caya? Jom tengok! Heheheh

Kepada rakan-rakan, jom singgah ke blog Diari Online Nurul untuk berkenalan dengan Nurul. Jika singgah, jangan lupa untuk follow juga :)

Cadangan kepada Nurul, agak ramai yang tidak suka dengan blog yang ada lagu. Hehehehe
Previous
Next Post »