Berhenti minum di Simpang Empat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jemput minum semua rakan. Kat mana Sop minum? 

Sekarang sedang minum di warung Simpang Empat, Melaka. Jauhnya Sop minum sampai Melaka? Hehehe
Tanya sendiri, jawab sendiri. Apa daa...

Sebenarnya Sop dalam perjalanan ke Hotel Seri Costal, Melaka untuk urusan kerja selama 3 hari. Sepatut bermula semalam tetapi terpaksa tangguh kerana ada urusan lain.

Pagi tadi rupanya terlupa isi minyak. Selepas Hentian Seremban (tidak berhenti) minyak motor mula keluar warning minyak kurang. Ketika itu mula risau kerana hentian seterusnya ialah Hentian Ayer Keroh. Kerana takut tidak sempat, Sop masuk ke susur Simpang Empat untuk mengisi minyak. Sambil isi minyak motor, isi minyak tuan motor sekali kan? Hehehe
Previous
Next Post »