19 October 2012

Berapa rekod kelajuan maksima pemanduan anda?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pemanduan berhemah adalah penting untuk keselamatan semasa memandu. Namun kadang kalanya ada pemanduan yang memerlukan kita memandu terlebih laju.

Berbeza dengan mereka kaki pecut yang mana akan sentiasa suka memandu laju sehingga membahayakan diri, penumpang dan orang lain. Memandu laju bagaikan satu kepuasan dan gembira jika boleh mencatat rekod baru.

Kelajuan pemanduan kenderaan bergantung kepada prestasi kenderaan juga. Apabila kereta besar atau motor besar yang mempunyai kuasa yang besar, pasti pemanduan laju tidak memberi kesan. Bawa laju pun macam bawa perlahan. Heheheh

Setakat ini untuk kereta, Sop hanya bawa paling laju ialah 150kmh sahaja mana kala motosikal pula 200kmh. Itu sahaja rekod buat ketika ini. Hehehhe

Berdasarkan rekod peribadi anda, berapa kelajuan pemanduan kenderaan yang anda telah capai?
Hanya untuk berkongsi, bukan untuk riak :)


EmoticonEmoticon