Baby Auni gatal gusi?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Gatal gusi bagi bayi adalah merujuk kepada keadaan gigi bayi hendak tumbuh. Jika orang dewasa gatal gusi merujuk kepada keadaan hendak kena penampor (Hehehe) Joking, jangan marah ha, nanti kena jual :)

Sejak dari awal lahir lagi, Baby Auni suka isap jari. Sop memang tidak ajar hisap puting plastik (walaupun ada beli) kerana jika melekat amalan suka hisap puting akan memberi masalah nanti. Sekurang-kurangnya, jari tidak akan tertinggal atau hilang bukan? Hehehe

Sekarang ini, Baby Auni bukan sahaja menghisap jari tetapi menggigit. Apabila Baby Auni dapat jari Sop, akan digigit-gigitnya. Sakit? Tidaklah sakit tetapi dapat rasa dia menggigit :)

Apabila dapat sesuatu pasti Baby Auni akan dimasukkan ke mulut. Masa ini, setiap barang akan dijaga untuk memastikan tidak dapat dicapai Baby Auni dan masuk ke mulut. Banyak benda yang berbahaya kepada bayi di rumah bukan? Mainan dan alat tulis Azfar dan Azwar selalu dirisaukan :)

Mesti comel bila Baby Auni senyum ada gigi bukan? HEHEHEHE



Previous
Next Post »