Baby Auni dera Sop tengah malam

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Auni dera Sop? Apa kes?
Itulah keadaannya bila Baby Auni tidak mahu tidur tengah malam. Papa dia yang kena melayan kerenah Baby Auni. Jika sudah besar macam Azfar atau Azwar, ok lah tiada masalah. Ini tidak, kena berdukung, layan dia bermain dan sebagainya. Jika tidak, Baby Auni akan merengek dan menangis. Kalau kena malam hari bekerja, parah juga.

Akhir-akhir ini agak kerap Baby Auni dera Sop. Jam 12.00 malam hingga jam 1.00 baru hendak tidur. Hendak buat teman tulis blog pun tidak boleh kerana dia sibuk hendak menekan keyboard. Tidak diberi menangis. Adus!

Perkara ini terjadi apabila Baby Auni tidur awal iaitu jam 8.00 malam kemudian akan terjaga jam 10.00 atau 11.00 malam. Selepas itu, akan sukar untuk dia tidur balik! Ada pernah terjadi Baby Auni terjaga jam 3.00 pagi dan tidak mahu tidur lagi! Jenuh juga melayan Baby Auni dengan mata mengantuk!

Itulah cabaran menjaga anak kecil bukan?
Sebagai ibubapa kenalah bersedia dan tahan fizikal dan mental :)


Previous
Next Post »