Baby Auni dapat walker

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Walker sangat membantu untuk menguatkan otot kaki bayi. Ia alat sokongan belajar berjalan untuk bayi sangat popular dan biasa digunakan oleh ibubapa.

Selain membantu bayi berlatih berjalan, baby walker juga membantu ibubapa mengawal bayi dari merayap dan merangkak ke semua kawasan rumah. Ada tempat-tempat yang tidak sesuai dan bahaya bagi bayi. Dengan meletakkan bayi ke dalam baby walker, pergerakan bayi lebih terbatas dan selamat.

Dulu semasa Azfar dan Azwar kecil, baby walker memang digunakan. Namun selepas kedua-duanya besar, baby walker pun selamat (rosak) hehehehe

Untuk Baby Auni, kenalah beli baru. Semalam pertama kali Baby Auni menggunakan baby walker. Baby Auni sangat teruja dengan mainan yang ada di atas baby walker tersebut. Paling penting Baby Auni boleh bergerak sedikit menolak baby walker tersebut :)



Previous
Next Post »