22 October 2012

Baby Auni dan pengikat kepala

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bagaimana hendak membezakan bayi itu lelaki atau perempuan jika dilihat dari sepintas lalu atau melihat bayi di pasar raya?
Rambut panjang?
Baju gugirl?

Baby Auni sekarang masih berambut pendek selepas dicukur. Kadang kala bila keluar malam hanya pakai pakaian tidur iaitu baju berlengan panjang yang tidak begitu kelihatan bayi perempuan.

Pengikat kepala juga boleh menunjukkan bayi tersebut seorang perempuan bukan?

Pengikat kepala agak jarang dipakaikan kepada Baby Auni walaupun ada beberapa pengikat kepala di rumah. Masih teringat tentang artikel yang menyebut pengikat kepala bayi yang ketat boleh menyekat aliran pergerakan darah ke otak. Risau juga dengan perkara tersebut dan Baby Auni hanya dipakaikan dengan pengikat yang longgar sahaja.

Apabila bayi yang tidak biasa dengan dipakaikan sesuatu di kepala hanya boleh bertahan sebentar sahaja. Pandai-pandai sahaja Baby Auni buang sendiri. Hehehe

Lambat pula rambut Baby Auni panjang kerana ada yang tanya Baby Auni ini baby boy ker? Adus, nampaknya kena makeup sikit bila keluar bagi nampak baby girl. Hehehehe





EmoticonEmoticon