14 October 2012

Apa aktiviti kegemaran hari minggu anda?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari minggu bagi Terengganu, Kelantan dan Kedah ialah pada hari Jumaat dan Sabtu. Manakala bagi negeri lain pula ialah pada hari Sabtu dan Ahad. Apa yang menjadi persamaan ialah hari minggu pasti menjadi hari yang dinantikan oleh semua sama ada pekerja, pelajar atau suri rumah.

Banyak aktiviti yang boleh dibuat pada hari minggu. Bagi yang bekeluarga, ada aktiviti yang tersendiri bersama keluarga, manakala yang bujang pula bersama rakan-rakan.

Bagi kekuarga Sop, hari minggu adalah masa untuk bersiar-siar sama ada ke tempat riadah atau pasar raya. Yang penting dapat keluar rumah bersama keluarga. Kalau dapat bercuti, lagi best bukan? Hehehe

Apa pula aktiviti kegemaran hari minggu anda? Jangan cakap tidur yer sebab semua orang suka tidur hari minggu! Hahahha

2 comments:

  1. Hari ini basuh kereta kemudian tidor..erk tak boleh cakap tidur ek.... haha...

    ReplyDelete
  2. Mat kete mesti setiap minggu basuh kete kan?
    Kalau Sop sebulan sekali jer sbb hantar kedai. Hehehe

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon