28 October 2012

Aktiviti korban di Aidiladha kedua

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Banyak makan daging hari ini?
Di Hari Raya Aidiladha pasti mewah dengan daging segar dan banyak menu akan berasaskan daging. Walaupun tidak masuk bahagian dalam korban tetapi masih menerima pembahagian daging dari korban tersebut, bukan?

Sop turut sertai aktiviti korban yang dijalankan di Surau Setapak Jaya 1B, Kuala Lumpur. Tidak banyak lembu yang dikorbankan iaitu hanya 5 ekor sahaja tetapi cukup meriah. Ramai penduduk yang turun membantu aktiviti korban tersebut. Aktiviti korban yang memberi peluang penduduk bergotong royong tidak kira lelaki perempuan, tua atau muda.

Aktiviti sembeli lembu bermula pada jam 7.30 pagi. Cuaca yang baik membantu melancarkan aktiviti korban pada pagi tersebut. Pada jam 9.30 pagi semua lembu berjaya disembelih. Semasa proses melapah, Sop banyak membantu kerja-kerja mengangkat sahaja kerana pisau pemotong daging tidak dijumpai semasa pindah rumah dahulu. Hehehehe Nampaknya kena beli pisau baru :)

Proses melapah, mengagih dan memasak selesai pada jam 12.00 tengah hari. Penduduk boleh menjamu selera pada selepas solat Zuhur. Menu paling utama ialah sup tulang :)

Rata-rata di Kuala Lumpur, aktiviti korban dibuat pada hari Sabtu iaitu hari Raya Aidiladha ke 2 kerana pada hari Jumaat, waktu sangat singkat dengan solat Jumaat.

Semoga mereka yang sertai ibadah korban tahun ini diterimaNya. Amin




2 comments:

  1. Selamat adiladha...semoga apa saja pengorbanan diterimaNya

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon