1GB data hanya untuk setengah bulan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Penggunaan internet sangat penting dewasa ini. Dahulunya jika hendak akses internet perlu buka komputer atau pergi ke cybercafe bagi yang tidak langgan.

Tetapi sekarang, internet sentiasa dihujung jari. Bila-bila masa dan dimana-mana, sentiasa berada ditalian internet. Sungguh canggih bukan?

Contoh sekarang ini entry dibuat ketika Mrs Sop balik kerja. Sementara menanti di atas motor bawah bangunan, entry blog masih boleh dibuat dan publish. Sekarang ini, Sop banyak buat entry terus dari telefon. Ambil gambar terus membuat entry. Mudah bukan?

Jika blogwalking, guna telefon tidak kerap sangat kerana bateri cepat habis. Hehehe sket-sket boleh lah. Hehehe

Oleh sebab itu juga, pelan data 1GB Sop hanya bertahan untuk setengah bulan sahaja. Nasib baik cas lebih guna tidak dikenakan. Hehrhe

Terima kasih kerana membaca entry ini


Previous
Next Post »