18 September 2012

Tempahan name card dengan harga promosi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Yey, Name card sudah siap :)

Telah ada name card sebagai blogger?
Jika anda ingin serius dalam dunia blogger, name card sangat penting untuk berhubung, berkongsi info, promosi dan sebagainya. Oleh kerana itu, kebanyakkan blogger profesional memiliki name card.

Sop telah lama hendak membuat satu name card tetapi asyik tertangguh. Tertangguh hendak buat design, tertangguh hendak tempah dan sebagainya. Kadang-kadang segan juga apabila join acara bersama blogger yang mana masing-masing bagi name card apabila perkenalkan diri. Sangat mudah untuk melawat URL blog rakan apabila balik kerana ada name card. Jika tidak, mungkin Sop lupa nama blog.. heheheh

Baru-baru ini, Jfz Pakar Printing BisnesKad ada membuat promosi mencetak name card dengan harga RM10 sekotak. Tawaran hanya untuk 1 malam sahaja! Sop terus membuat tempahan dengan Jfz Pakar Printing BisnesKad. Kos untuk keseluruhan untuk 2 kotak termasuk design dan post ialah hanya RM31 sahaja. Jimat bukan? Jika tanpa promosi, harga untuk mencetak name card ialah lingkungan harga RM 50 hingga RM80.

Design yang Sop buat sangat ringkas. Bukan design yang menjadi keutamaan tetapi maklumat yang hendak di sampaikan. Selepas ini, bolehlah promosi blog dengan berkongsi name card semasa sertai acara blogger.

Perkhidmatan Jfz Pakar Printing BisnesKad adalah baik. Sop recommended kepada semua yang sedang ingin membuat name card dengan harga berpatutan. Jika ada rakan-rakan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mencetak name card, sila lawat laman Facebook Jfz Pakar Printing BisnesKad

2 comments:


EmoticonEmoticon