13 September 2012

Single Ride ke Kuala Terengganu

PpSelamat sejahtera kepada semua rakan.

Update ringkas sementara berhenti rehat. Hari ini single ride ke Kuala Terengganu kerana ada program di sana. Tadi bertolak dari rumah jam 2.00 petang. Mula hendak bertolak lebih awal tetapi ada urusan pejabat yang belum selesai.

Perjalanan dari Kuala Lumpur hingga Temerloh berjalanan lancar. Hanya hujan gerimis sahaja ketika di Karak.

Sampai di Temerloh berhenti sekejab untuk mengisi minyak motor dan tuan motor sekali. Baru berhenti awan gelap mula sampai. Terpaksa terus bergerak lari dari hujan. Hujan macam mengekor sahaja dari tadi :)

Doakan semoga Sop sampai ke destinasi :)


EmoticonEmoticon