Sarapan nasi lemak ikan tongkol

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sarapan apa hari ini?
Agak lama Sop tidak perkena nasi lemak kukus dengan ikan tongkol. Dulu zaman sekolah, makanan kegemaran nasi lemak dengan ikan tongkol. Sampai ada ketika keluar sekolah masa rehat untuk mendapatkan nasi lemak kukud ikan tongkol.

Di Terengganu amat biasa dengan nasi lemak ikan tongkol dan kuah bukan sambal pedas. Jika warung biasa, jarang nasi lemak yang mempunyai banyak pilihan lauk kecuali warung yang lebih advance :)

Bila nampak lauk nasi lemak ikan tongkol (atau ikan aya orang Terengganu panggil), tidak pandang dah lauk lain. Heheheh

Anda pernah makan nasi lemak lauk ikan tongkol?
Previous
Next Post »