Review Sumai Suit Hotel, Kuala Terengganu

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Masih ingat tentang kisah Sop ke Terengganu minggu lepas?
Baru kesempatan untuk membuat review tentang hotel yang Sop menginap iaitu Hotel Sumai Suit Hotel, Kuala Terengganu. Ini adalah kali pertama Sop menginap di sini kerana bila balik kampung, mesti balik ke rumah ibubapa bukan? Takkan hendak buang terbiat tidur hotel! Heheheh Ini kerana ada program di sini, maka bolehlah menginap di Hotel Sumai Suit Hotel.

Hotel Sumai Suit Hotel, Kuala Terengganu yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu bersebelahan dengan Hotel Primula. Rasanya masih baru buka dalam beberapa tahun berbanding dengan Hotel Primula yang sekian lama telah wujud. Bila hotel baru, pasti kelengkapan dan peralatan adalah baru. Mesti masih cantik, bukan?

Hotel Sumai Suit Hotel, Kuala Terengganu adalah berkongsepkan apartment 4 bilik iaitu 3 bilik besar dan 1 bilik kecil. Ruang apartment Hotel Sumai Suit Hotel, Kuala Terengganu sangat luas dan selesa. Dalam apartment terdapat 1 ruang tamu, 4 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang makan. Dapur tidak disediakan walaupun ada ruang dapur kerana hanya disediakan karbinet dapur dan peti ais sahaja. Meja makan disediakan di ruang makan.

Di ruang tamu pula, set sofa disediakan dengan TV LCD 32 inci. Siaran Astro terpilih disediakan. Boleh layan movie dan sukan :)

Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan ruang tamu. Kipas syiling juga disediakan di ruang tamu. Bilik air dilengkapi dengan heater untuk memudahkan sesiapa malas mandi pagi (hahahaha)

Kemudahan lain yang disediakan di Hotel Sumai Suit Hotel, Kuala Terengganu ialah WiFi hingga ke bilik dan kolam renang bawah bangunan. Agak jarang hotel mempunyai kolam renang bawah bangunan bukan?

Ruang parking bangunan agak terhad kerana hanya punyai sedikit sahaja ruang. Tetapi jika mempunyai ramai pengunjung, kawasan sebelah hotel boleh dijadikan parking.

Secara keseluruhan, Sop sangat berpuas hati dengan Hotel Sumai Suit Hotel, Kuala Terengganu. Harap keadaan ini boleh dikekalkan untuk keselesaan pengunjung.

Kepada yang ingin melawat Kuala Terengganu, boleh masukkan Hotel Sumai Suit Hotel, Kuala Terengganu senarai untuk menginap.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Sumai Suit Hotel, Kuala Terengganu, sila lawat http://www.sumaisuite.com/v3/

Galeri gambar:
Permandangan hotel di malam hari

Permandangan dari balkoni

Bilik utama

Bilik ke dua

Ruang makan

Ruang tamu

kolam renang

Kolam renang

Previous
Next Post »