13 September 2012

Mandi hujan kat Sungai Ular, Kuantan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Update perjalanan ride ke Kuala Terengganu. Sekarang terkandas di tepi jalan Sungai Ular, Kuantan. Hujan sangat lebat! Terpaksa berhenti kerana jika redah, bukan setakat Sop yang kuyup tetapi semua barang. Lagi pun beg tidak waterprof.

Tadi semasa dari Temerloh telah beberapa kali kena hujan tetapi redah sahaja kerana hujan tidak begitu lebat. Sekarang selepas dari tol Jabor, bukan main lebat. Hendak sampai ke bawah kedai ini, sempat kuyup juga. Ada kedai kosong ini terus berhenti sebelum handphone masuk air. Hehehehe

Lama juga hujan hendak berhenti, dah mengantuk tunggu. Kalau berhenti di kedai makan, best juga perkena teh tarik!

Perjalanan masih jauh, malam jam berapa boleh sampai nih. Belum tahu jalan di hadapan macam mana, kalau hujan lagi, terpaksa berhenti lagi :)

Lama tidak mandi hujan, sekali sekala best juga bukan? Hehehehe


EmoticonEmoticon