Kios bawah Stesyen Monorail cekik darah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah beli makanan atau minuman di kios bawah stesyen monorail?
Sop baru pertama kali beli kerana agak dahaga tadi. Sop hanya beli air tin sahaja dan cuba teka berapa harga air tin tersebut?

RM2.20 satu tin, mahal gila!
Harga biasa kalau di kios hanya RM1.50 atau RM2.00 sahaja. Kebanyakkan hanya RM1.50 sahaja dan pada pendapat Sop ia harga yang berpatutan. Jika air botol, ok lah kalau harga RM2.00.

Ini hanya air tin Soya biasa. Kenapa hendak jual mahal?
Sop tahu tumpuan kios hanya kepada pelancong yang lalu lalang berjalan sekitar tersebut. Orang tempatan memang susah hendak beli bukan?

Itu baru air tin, jika air botol atau makanan lain, entah berapa pula. Mesti semua mahal agaknya.

Bagaimana hendak maju jika hendak untung cepat! Lepas ini, comfirm tidak beli lagi. Hehehehe
Previous
Next Post »