01 September 2012

Cili potong kicap - siapa suka?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Siapa suka cili potong kicap?
Penggemar makanan pedas pasti suka dengan cili potong kicap terutama orang Negeri 9 dan Melaka. Kalau tidak pedas tidak sah makanan bukan?

Kalau makan bersama dengan orang Melaka dan Negeri 9 pasti akan minta cili padi kicap jika ada. Jik tiada, cili padi sahaja pun boleh!

Cili potong kicap di kedai makan Jusco ada disediakan bagi banyak kedai. Mungkin kerana untuk sesuaikan ramai pengguna, makanan disediakan tidak pedas. Jika ada yang ingin makanan lebih pedas, cili padi kicap boleh diminta. Sop agak kurang makan pedas tetapi Mrs Sop suka juga dengan pedas.

Anda pula macam mana? Suka juga?



EmoticonEmoticon