28 September 2012

Cendol mesin parut ais original

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Biasa lihat alat parut ais original?
Adalah jarang penjual cendol atau ABC yang menggunakan mesin parut ais original kerana kebanyakkan mesin ABC sekarang telah moden. Paling kurang pun akan menggunakan jenis pusing tangan. Jika hendak moden, jenis elektrik lebih memudahkan.

Mesin parut ais original ini hanya Sop jumpa di gerai cendol depan Masjid Taman Setapak Jaya yang berniaga pada hari Jumaat sahaja.

Mesin parut ais original ini ringkas sahaja yang mana berbentuk kekuda yang diperbuat dengan kayu dan diletakkan mata besi bertindak sebagai pemotong ais. Ais tersebut akan dipegang menggunakan pemegang khas yang bergigi. Proses memarut dilakukan dengan menolak dan menarik ais ke depan dan belakang. Nampak memenatkan tetapi cukup unik!

Harga untuk secawan cendol pulut, jagung dan kacang ialah RM1.50 sahaja. Murah kan?




EmoticonEmoticon