Cabaran Cupcake Oleh Celcom

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Celcom sedang mengadakan Cabaran Cupcake bermula 30 Ogos hingga 23 September 2012 sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan Ke 55 dan Hari Malaysia. Cupcake tersebut perlu dihiasi dengan tema Kemerdekaan dan menunjukkan semangat patriotisma dalam cupcake tersebut. Sila lawat https://www.facebook.com/cupcakeschallenge untuk maklumat Cabaran Cupcake terbut. Untuk memeriahkan lagi Cabaran Cupcake tersebut, Celcom telah menjemput pihak media dan blogger untuk sertai kelas belajar membuat cupcake.

Siapa tahu membuat cupcake?
Sop belum pernah lagi membuat cupcake dan ini adalah kali pertama mencubanya. Sebelum ini, jika makan cupcake mestilah selalu :)

The Celcom Cupcake Challenge
Antara peserta yang sertai kelas membuat cupcake


Kain apron kena pakai!

Rakan sekelas :)

Ucapan pengerusi majlis
Kelas membuat cupcake ini telah diadakan pada 8 September yang lepas di The Cooking House, Kuala Lumpur. Turut hadir dalam sesi kelas belajar membuat cupcake ini ialah Encik Zaiman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer Celcom Axiata Berhad. Chef yang mengajar kami membuat cupcake dan hiasanya ialah Chef Lu Soo Chee, warga pengajar The Cooking House iaitu ahli kepada International  Cake Exploration Society dan British Sugar-craft Guild. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang ini lebih dari 10 tahun. Sangat bertuah kepada 50 blogger dan media yang sertai kelas membuat cupcake ini.


Encik Zaiman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer Celcom Axiata Berhad

Ucapan oleh  Encik Zaiman Aefendy Zainal Abidin
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Encik Zaiman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer Celcom Axiata Berhad dengan menerangkan secara ringkas tentang Cabaran Cupcake oleh Celcom dan kelas belajar membuat cupcake ini.

Acara seterunsya ialah dengan sesi taklimat oleh Chef Lu Soo Chee yang memberi penerangan tentang cupcake dan cara pembuatannya. Semasa penerangan, peserta kelihatan sangat teruja untuk membuat cupcake sendiri!

Penerangan oleh  Chef Lu Soo Chee

Penerangan yang jelas oleh Chef
Contoh cupcake yang perlu dihasilkan
Cara-cara membuat cupcake telah diajar oleh Chef dengan teknik tunjuk cara iaitu Chef tunjuk dan peserta terus buat. Teknik yang mudah untuk peserta belajar yang mana pembelajaran dilakukan satu persatu. Kelihatan semua peserta boleh mengikuti dengan jayanya!

Semua peserta mendengar taklimat Chef dengan teliti

Antara bahan yang diperlukan

Peserta mula membuat adunan

Butter dimasukkan bersama gula

Gaul sehingga sebati

Tidak selesa duduk, berdiri pun boleh :)

Masukkan telur dalam adunan tersebut

Gaya seorang chef?

Adun sehingga sebati

Masukkan tepung

Adun sehingga sebati lagi

Masukkan susu

Peserta fokus dengan membuat adunan cupcake tersebut

Encik Zaiman Aefendy Zainal Abidin turut sama membuat cupcake

Masukkan adunan ke dalam cawan

Sedia untuk di bakar

Masukkan 2/3 dari cawan sahaja

Siapa pun boleh masak, bukan?

Cupcake siap dimasak

Semasa tidak tahu, rasa macam susah sahaja membuat cupcake ini tetapi setelah belajar, sebenarnya tidak susah. Setelah selesai membuat cupcake, tibalah masa untuk membuat hiasan pula. Oleh kerana tema cupcake Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Chef telah mengajar peserta membuat gabungan cupcake menjadi sebuah bendera.

Sebelum hendak membuat hiasan tersebut, perlu belajar dahulu membuat bahan untuk hiasan iaitu Buttercream frosting. Cara membuatnya cukup mudah dengan 2 bahan sahaja iaitu Salted butter, Icing sugar (sifted) dan susu.

Batter bergaram

Hancurkan batter tersebut

Cara terpulang, hendak pusing atau hendak :)

Masukkan gula halus dan adun sebati 

Adun sehingga betul-betul sebati

Masukkan sedikit susu

Chef tunjuk cara

Sedia untuk dimasukkan ke penghias

Chef tunjuk cara membuat hiasan

Sedikit kesenian, fokus dan teknik

Hasil oleh Chef

Boleh diperlbagaikan hiasan dengan pelbagai warna

Memasukkan pewarna

Fokus! fokus!

Hasilnya... ada bakat?

Teknik yang betul diperlukan untuk hasil yang terbaik

Kesabaran juga diperlukan :)

Kreativiti diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang menarik

Inilah hasil kumpulan kami, cantik tak?
Membuat cupcake jika dibuat secara bersama lebih menyeronokkan. Ia bukan sekadar aktiviti untuk membuat makanan tetapi penuh dengan nilai-nilai yang boleh diserapkan seperti kesabaran, kerjasama, usaha, teliti dan sebagainya. Dengan memasukkan elemen patriotik, semangat kenegaraan boleh diserapkan.

Itulah yang diketengahkan oleh Celcom dalam Cabaran Cupcake Celcom. Peraduan yang bukan sekadar untuk memenangi hadiah tetapi semangat yang hendak diterapkan kepada semua.

Bagi yang belum menyertai Cabaran Cupcake Celcom ini, peraduan masih dibuka iaitu dari 30 Ogos hingga 23 September. Keputusan akhir akan diumumkan pada 24 September nanti. Hadiah berjumlah lebih RM100,000 disediakan untuk peraduan ini. Hadiah utama ialah wang tunai RM10,000, Samsung Galaxy SIII, Smartphone lain dan sebagainya.

Pada 16 September nanti, Celcom juga akan mengedarkan cupcake percuma dan cabaran turut akan diadakan. Untuk mendapat maklumat tentang perkara ini, sila lawat kemaskini dari laman https://www.facebook.com/cupcakeschallenge

Apa tunggu lagi, tunjukkan kreativiti anda dan semangat patriotik yang adan dalam diri anda. Mana tahu anda mungkin pemenangnya? Sila lawat untuk penyertaan dan maklumat lanjut https://www.facebook.com/cupcakeschallenge
Previous
Next Post »