Cabaran Akhir Celcom Cupcake Challenge

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Petang tadi Sop ke Solaris Dutamas, Kuala Lumpur untuk mengikuti cabaran akhir bagi peserta yang menyertai Celcom Cupcake Challenge. Seramai 55 peserta telah terpilih untuk cabaran ini yang mana peserta perlu membuat hiasan kembali cupcake seperti yang telah dihantar di laman Facebook Celcom Cupcake Challenge. Tema cupcake yang perlu dihiaskan ialah semangat patriotik, kemerdekaan dan 1Malaysia. 55 peserta ini dipilih berdasarkan jumlah "LIKE" paling tinggi dalam laman tersebut.

Dalam acara tersebut juga, pengunjung diberikan 1000 cupcake percuma dan berpeluang untuk membuat hiasan cupcake sendiri. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri membuat hiasan cupcake tersebut.
Pameran menghias cupcake

Pengunjung mencuba hias cupcake

Cabaran Akhir Celcom Cupcake Challenge ini telah diadakan di The Boulevard, Red Zone, Ground Floor, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Cabaran telah bermula pada jam 12.00 tengah hari, yang mana semua peserta diberikan taklimat oleh pihak Celcom tentang acara yang akan berlangsung. Selepas taklimat, peserta diberikan masa untuk makan tengah hari.

Taklimat awal

Selepas itu, baru acara bermula yang mana semua peserta diberikan masa 1 jam untuk menyiapkan hiasan cupcake sama seperti yang telah dihantar di laman Facebook pertandingan. 3 cupcake telah diberikan tetapi hanya 1 yang perlu dipersembahkan. Pengacara Celcom Cupcake Challenge ini ialah Razif Hashim. Siapa tidak kenal beliau?

Pengacara Razif Hashim
Selepas pertandingan dimulakan, peserta mula bertukus-lumus menyiapkan hiasan. 1 jam adalah masa yang singkat jika dibandingkan dengan hiasan yang peserta buat untuk dimuatnaik ke laman Facebook Cupcake Challenge. Dengan tekunnya, semua peserta menyiapkan cupcake mereka dengan alatan dan bahan yang dibawa sendiri. Pihak penganjur hanya memberikan 3 cupcake sahaja.


Ketika itu, kita boleh melihat kreativiti yang ada pada setiap peserta. Pelbagai jenis alatan dan bahan yang digunakan untuk menghias cupcake tersebut. Orang ramai yang berada di Solaris Dutamas juga tertarik dengan kreativiti yang ditunjukkan oleh peserta.

Selepas 1 jam, semua cupcake yang telah siap akan diadili oleh 3 pengadil jemputan yang tidak asing lagi dalam dunia masakan iaitu:
  • Chef Rose Weiss
  • Chef Sherson Lian
  • Chef Dato' Fazley Yaacob
Para pengadil

Pengadilan dibuat berdasarkan kreativiti, unik, hiasan terbaik dan 100% sama seperti penyertaan yang dihantar di laman penyertaan Facebook Celcom Cupcake Challenge.

Pengadil membuat penilaian
Sementara menanti keputusan 10 cupcake terbaik, semua yang ada di acara Celcome Cupcake Challenge dihiburkan dengan persembahan tarian oleh Electro Junior dan Dato' Fazley. Persembahan yang mantap dan sangat menghiburkan.


10 peserta teratas dipilih juri seterusnya perlu memberi penjelasan tentang hiasan mereka. Juri akan membuat penilaian tentang penerangan dan hiasan tersebut untuk memilih 3 peserta terbaik. Sementara menantikan keputusan pemenang, 2 peraduan menghias cupcake segera diadakan. Cabaran yang ringkas tetapi menarik!

10 peserta terbaik memberi penjelasan kepada pengadil
Akhirnya keputusan rasmi pememang Celcom Cupcake Challenge telah tersedia. Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:
  • Tempat pertama - RM10,000.00 dan Samsung Galaxy SIII
  • Tempat kedua - RM5,000.00 dan Samsung Galaxy SIII
  • Tempat ketiga - RM2,000.00 dan Samsung Galaxy SIII
  • Saguhati - Telefon bimbit LG Prada (semua peserta)
Sebelum diumumkan 3 pememang tersebut, semua peserta lain yang tidak tersenarai telah memenangi hadiah saguhati iaitu Telefon Bimbit LG Prada disampaikan oleh Encik Afizulazha bin Abdullah (Chief Operation, Advanced Data of Celcom Axiata Berhad. Pemenang bagi Celcom Cupcake Challenge adalah seperti berikut:

  • Tempat pertama - Vincent Liew
  • Tempat kedua - Juneci Siong
  • Tempat ketiga - Mac Leong

Pemenang Celcom Cupcake Challenge

Tahniah kepada semua pememang!

Celcom Cupcake Challenge adalah satu cara untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan dengan cara yang tersendiri. Dalam cabaran tersebut, banyak perkara positif yang boleh disemai dan diantaranya semangat kenegaraan, kemerdekaan, patriotisme dan sebagainya. Dengan menggunakan cupcake sahaja, semangat patriotisme boleh disemai melalui cabaran yang diadakan.

Tahniah juga kepada pihak Celcom yang berjaya mengadakan cabaran yang penuh bermakna ini.

Galeri gambar [41 gambar]:









































Cupcake Juara!

Previous
Next Post »