02 September 2012

Blog Review: Suatu Perjalanan

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat bersama keluarga tercinta :)

http://hanani-journeyofmylife.blogspot.com/
http://hanani-journeyofmylife.blogspot.com/

Blog review untuk kali ini ialah blog Suatu Perjalanan. Pilihan nama blog yang cukup baik jika digunakan sebagai blog peribadi. Boleh menggambarkan perjalanan kehidupan diri sendiri dan keluarga jika berdasarkan nama. Tetapi agak sayang kerana pemilik blog iaitu Hanani.

Berdasarkan analisis dan pendangan Sop, Hanani berminat dengan dunia blogging tetapi belum nampak idea sepenuhnya tentang penulisan blog. Idea yang digunakan untuk nama blog telah menarik dan gambaran idea asal telah ada. Cuma apabila hendak menulis kekurang idea atau masa yang membantu.

Sop masih ingat pada awal-awal membina blog, masih tidak tahu apa yang hendak tulis. Tengok di sana, jenguk di sini mencari idea untuk blog. Harapkan cerita menarik yang dilalui amat susah dan jarang-jarang ada. Pengalaman akan mendewasakan blogger.

Untuk itu, Sop ingin sendikit berkongsi tips untuk mendapat idea penulisan seperti berikut:

  • Penulisan ringkas - Pada peringkat awal memang susah hendak menulis dan sering kering idea. mulakan dengan penulisan ringkas dan bersahaja dahulu dan dibaiki sikit demi sendikit nanti
  • Bercerita tentang pengalaman - tidak semestinya pengalaman yg bagus atau menarik sahaja perlu ditulis. Pengalaman biasa-biasa pun tidak menjadi masalah kerana olahan yang penting untuk menarik pembaca
  • Guna gambar - Penulisan berdasarkan gambar lebih mudah untuk kita mendapat idea. Penting untuk rakam setiap peristiwa atau aktiviti untuk membantu penulisan. Entry pun menjadi menarik bukan?
  • Segmen dan peraduan - sangat membantu memberi idea penulisan tetapi bukan sepenuhnya blog dengan GA atau segmen. Dah jadi blog GA dan Segmen pula nanti :) Jadikan sebagai penambah idea dan membantu disaat kekeringan idea
  • Isu semasa - olah isu semasa dan kaitkan dengan pengalaman sendiri. Bukan copy dan paste kerana ia tidak membantu anda dalam kemahiran penulis [asah bakat copy paste boleh.. hehehe]
  • Membca - banyak idea yang boleh diperolehi dari membaca bukan sahaja buku, majalah tetapi blog juga
Dari segi blog, masih banyak yang boleh diperbaiki. Boleh rujuk dengan review sebelum-sebelum ini. {ayat macam malas jer} hehehe

Rakan-rakan boleh bagi cadangn tentang blog Suatu Perjalanan?
Joim terjah!


EmoticonEmoticon