03 September 2012

Blog review: Mia Duniaku

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

http://miaduniaku.blogspot.com
http://miaduniaku.blogspot.com

Pernah singgah ke blog Mia Duniaku?
Blog review kali ini ialah giliran blog Mua Duniaku iaitu dimiliki sepenuhnya oleh Izan Mama Mia.
blog Mia Duniaku
Ini lah Mia :)

Siapa Mia? Jika hendak berkenalan dengan Mia, sila ke blog Mia Duniaku kerana Izan Mama Mia berkongsi suka duka bersama Mia dalam blognya. Blog khas untuk Mia dan kehidupan bersama Mia. Sweet bukan?

Sop pun sama, banyak update entry tentang anak-anak sebagai diari peribadi dan harap akan menjadi tatap anak-anak ketika mereka besar nanti (kalau blog masih ada lah) Diari peribadi online merupakan idea asal blog dan kini blog telah berkembang dengan pesat hingga blog bukan lagi sekadar catatan peribadi. Kepada yang masih bertahan dengan konsep blog coretan peribadi, tahniah Sop ucapkan :)

Blog peribadi banyak kelebihannya berbanding blog jenis lain. Kelebihan kepada blogger yang mana boleh menulis apa sahaja. Malah blog peribadi lebih digemari pembaca. Malah, pengiklan juga lebih suka dengan blog peribadi :)

Blog Mia Duniaku sebuah blog yang menarik. Idea utama untuk blog sangat bagus, harap terus fokus dengan konsep tersebut.

Pemilihan warna yang menarik untuk template dan juga ceria. Sesuai untuk konsep blog ibu dan anak.

Header juga sangat menarik dan sesuai dengan konsep.

Cadangan dari Sop:

  • Setting bagi sidebar boleh diselaraskan dengan entry yang mana sidebar agak jauh ke bawah
  • Title swap untuk kelebihan SEO
  • Pemilihan tajuk enty yang menarik dan mesra SEO - kaji tajuk yang mungkin pelawat akan cari dan sesuai dengan entry/ Sop lihat banyak entry blog Mia Duniaku ditulis ringkas sahaja
  • Penggunaan gambar dalam setiap entry untuk menjadikan entry lebih menarik
Setakat itu sahaja pandangan dari Sop. Moga Izan Mama Mua sukses dalam bidang blogging :)

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Mia Duniaku dan beri pendapat anda juga tentang blog Mia Duniakui :)



EmoticonEmoticon